Monday, May 4, 2009

view of Tiens

TIENS


TIENS,Tienshi bermaksud singa langit atau heavenly lion. TIENS merupakan sebuah syarikat yang berasal dari negara China. Pusat pentadbiran Tiens terletak di Beijing, ibu kota China. Syarikat ini ditubuhkan oleh Mr. Li Jinyuan pada tahun 1995.Pada mula penubuhan, Syarikat ini meliputi kawasan seluas 1.72 juta kaki persegi dan pmbinaan bangunan nya meliputi 770,000 meter persegi. Modal permulaan penubuhan syarikat ini ialah 2.1 billion.

Tienshi Group merupakan sebuah syarikat gergasi dalam industri perubatan dan kesihatan. terutama perubatan berasaskan bio-teknologi. Semua produk yang dihasilkan merupakan kesinambungan kepada perubatan purba cina pada 5000 ribu tahun dahulu. Tiens telah membawa inovasi baru dalam perubatan herba cina dengan cara membangunkan produk herba tradisional kepada moden. seterusnya,Tiens telah berkembang ke 100 buah negara di dunia dan menjadi sebuah syarikat pengeluar produk berasaskan herba yang terbesar di dunia.

Produk Tiens telah mendapat pengiktirafan ISO 9002 oleh FDA,USA. terdapat pelabagai anugerah yang telah diperolehi oleh Syarikat ini. pengiktirafan dan pensijilan HALAL PRODUCTS oleh beberapa negara islam termasuk Malaysia (JAKIM) dan Indonesia menjadikan kekuatan produk Tiens berkembang jauh untuk semua lapisan masyarakat antarabangsa.


Tiens juga telah menubuhkan sebuat university college yang diberi nama 'Tianshi University College' yang terletak di Tianjin China. Tianshi University telah membuat perjanjian dengan Limkokwing University of Britain dan Malaysia bersama-sama menjalankan program pendidikan ini. Tiens telah memberikan banyak biasiswa kepada ramai pelajarnya. University ini menekankan mata pelajaran dalam bidang keusahawanan.